Goncangan emosi boleh menghancurkan seseorang
jauh lebih cepat berbanding musibah besar yang memunculkan emosi tersebut
Antara cara memastikan agar kesusahan tetap
berada di luar diri adalah dengan menjaga emosi. Jangan biarkan emosi menguasai
diri kita pada saat kesusahan datang.
Sewaktu menghadapi kesusahan yang berat,
biasanya emosi negatif kita akan meningkat. Kita cenderung menjadi panik,
stress, marah dan mengalami kesedihan yang
melampau.
Itu semua akan mempengaruhi tindakan kita
selanjutnya. Semua emosi negatif itu merupakan pintu bagi kesusahan untuk masuk
ke dalam diri, maka kesusahan yang kita alami akan menjadi semakin besar.
Sewaktu menghadapi masalah, sebesar mana pun
masalah itu, kita hendaklah berusaha untuk tetap tenang dan tidak
emosional.
Sebahagian orang mengatakan jika kita sedang marah, hati boleh panas, tetapi
kepala hendaklah tetap sejuk.
Dengan begitu keputusan yang akan diambil
berikutnya akan tetap terjaga. Jangan sampai diri kita dikuasai oleh perasaan susah dan karenanya kita menjadi emosional dalam
bertindak.
Pada perinsipnya kita boleh belajar daripada
sesiapa saja, selagi yang dipelajari itu merupakan sesuatu yang positif.
Mengawal Emosi Disaat
Kesusahan Menerjang
Orang yang berikut ini sama sekali bukan tokoh
kegemaran kita semua untuk diceritakan, tetapi terdapat sedikit kisah menarik
yang boleh dijadikan pengajaran dalam menghadapi kesusahan.
Orang yang akan dicerikan ini dianggap oleh Dr. Mahathir Mohammad sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap krisis
kewangan di Asia Tenggara pada tahun 1998, yaitu George
Soros.
Tidak mengapa kita bercerita tentangnya, untuk mengambil sedikit pengajaran
yang positif.
George Soros dianggap sebagai salah seorang
pelabur yang paling menonjol ketika ini. Walaupun begitu, lalaki keturunan
Yahudi Hungary ini bukannya tidak pernah melakukan kesilapan atau kegagalan
dalam hidupnya.
Pada pertengahan tahun 1987, Soros menjangkakan
bursa saham di Amerika akan mengalami peningkatan, sementara Jepun akan
mengalami yang sebaliknya. Dia mengambil langkah bijak dalam pelaburan seiring
dengan ramalanya.
Bagaimanapun, perkiraan ini ternyata silap. Kira
– kira sebulan kemudian, tepatnya pada tarikh 19 Oktober 1987, bursa saham
Amerika Syarikat mengalami kemorosotan. Peristiwa yang dikenali sebagai
peristiwa Black Monday itu merupakan salah satu kemorosotan bursa saham Amerika
yang terbesar dalam sejarah.
Sementara itu Jepun ternyata berjaya menjaga
bursa sahamnya dan tidak mengalami kemorosotan seperti yang diramalkan oleh
Soros.
Ini menyebabkan Soros dan syarikat pelaburanya,
Quantum Fund, mengalami kerugian besar di Amerika Syarikat dan Jepun secara
serentak. Kejadian itu menyebabkan Soros kehilangan semua keuntungannya untuk
setahun.
Bagi seorang pelabur, walau bagaimana kaya pun
dia, perkara itu merupakan masalah yang sangat besar.
Karena ia berlaku secara tiba – tiba dan nyaris
– nyaris melumpuhkan perniagaanya. Ia seperti gempa bumi dan bencana tsunami
yang datang tanpa disangka – sangka.
Bencana kewangan itu bukan sahaja dialami oleh
soros seorang. Ada ramai lagi ahli perniagaan, pelabur dan pengurus yang
terkena hentaman dahsyat krisis kewangan tersebut. Mereka menjadi tidak berdaya
dan seperti kehilangan semangat setelah kejadian itu.
Bagi kebanyakan pengurus ketika itu, kesusahan
telah masuk ke dalam diri mereka. Benteng pertahanan emosi mereka runtuh.
Yang membedakan Soros dengan ramai pelabur lain
adalah dia lebih mampu untuk mengawal jarak dengan emosinya. Dia ternyata lebih
mampu untuk mengawal untuk tidak membiarkan kesusahan masuk ke dalam dirinya.
Dua minggu setelah kejadian itu, Soros segera
kembali ke pasaran kewangan dan mengambil langkah – langkah perlu dalam
pelaburan untuk mengukuhkan lagi syarikatnya. Dia melupakan kegagalan yang
telah berlaku sebelumnya.
Pada akhir tahun itu, dengan kata lain dua bulan
kemudian, syarikatnya mengalami peningkatan 14.5% (Mark Tier, The Winning
Investment Habits of Warren Buffet& George Soros)
Jika Soros mampu melakukan hal begini, seorang
muslim sepatutnya lebih mampu dalam mengawal dirinya. Apakah kita mampu
mengawal emosi saat berhadapan masalah?
Apakah kita mampu menjaga diri daripada
kesusahan dan membiarkan kesusahan itu tetap berada di luar diri kita?
Insyaallah kita boleh melakukannya.. =)
No comments:
Post a Comment