“Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu.
Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong.
Saya tidak tahu
bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.Semua rakan sekelas
mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang
lain. Inilah membuatkan saya
resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”
Malu Adalah Sebahagian Dari Pada IMan.
Sifat
malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi
sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang pemalu.
Diriwayatkan
oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari
seorang gadis yang di dalam pingitannya. Tetapi letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah
dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar
ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.
Pemalu
Tak Bertempat
Kita
semua harus sadar bahwa rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan hidup
kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang untuk menikmati hidup yang lebih
indah. Juga
membuatkan kita tidak dapat bergaul
dengan orang lain, tidak dapat meluahkan pendapat dan pemikiran yang
dimiliki. Malah
hanya boleh menjadi pendengar saja.
Atasi Masalah ini Secara Berperingkat - Peringkat
Untuk
melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat –
peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan
mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa
untuk memperhatikan anda. Ingatlah
kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan. Kita boleh menulis dan
membacanya setiap saat untuk meningkatkan perasaan percaya diri.
Tiada Orang Yang Memperhatikan Kita sebenarnya
Jangan
terlalu memperbesar – besarkan dan memikirkan kelemahan yang dimiliki. Jangan
beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh karena kekurangan tersebut. Setiap
orang mempunyai kelemahan tersendiri,
bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan. Yang
penting adalah kita berusaha dengan semaksimum mungkin untuk memperbaiki
kelemahan kita dengan
tenang. Jangan
sesekali kita beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi bahan cemuhan
orang lain. Inilah
yang sebenarnya menyebabkan rasa malu, iaitu takut menjadi bahan bualan
dan cemuhan orang lain.
Mesrakan Diri Untuk Berkenalan
Selain
itu, jangan malu untuk berkenalan dengan orang lain. Berkenalan
dengan orang lain bukanlah perkara yang susah, selagi kita mahu berusaha dengan
kesabaran untuk melakukannya.
Pemalu
kepada Lawan Jenis
Ini
adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis. Tapi
sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh
memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki. It’s
better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan
nama baik seorang gadis itu
dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.
Bukanlah Perkara Yang
Sukar
Untuk
melawan rasa malu terhadap lawan jenis, katakan pada diri bahwa ini adalah
bukan suatu perkara yang sukar.
Berbicaralah dengan tenang
dan suara yang jelas, selama perhubungan itu atas dasar pelajaran atau pekerjaan.
Kita
juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang berbicara dengan kita,
supaya hati dia tidak tersinggung. Kita
mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang
mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain. Ingatlah
bahwa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu. Oleh
itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan
kita.
No comments:
Post a Comment