“Sebaik-baik wanita ialah
yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki.
Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki
sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan
lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini
barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan
seorang lelaki yang dikecewakan karena terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak
dapat aku berikan.
Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah
kelak andai ditanya?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama
hidup di muka bumi?
Kalau
aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu
menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena
itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi
suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki
perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang,
setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu
kerana ia semata-mata untuk mu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang
bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh
Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak,
berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang
tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di
tebing kebinasaan?
Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga
berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi
diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan
tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku
berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu.
Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan
dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan
teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam
memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku
hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti
wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli
syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Hati
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi
Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas
kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat
aku terpikat.
Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di
Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam
hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat
dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita
masih tidak mempunyai hak untuk begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah
tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang
tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau
menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat
bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi
sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku
untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah
dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan
tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau
menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh
hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta
itu lebih abadi daripada cinta biasa.
Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan
kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati,
bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan
Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!
No comments:
Post a Comment