Meningkat umur
diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. Sungguh,
kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa. Tanpa perlu belajar, tidak
perlu merujuk nota…
hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan
mendiam di hati insan.
Manusia sering menyebut tentang cinta pada
hamba-hambaNya. Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya
untukNya. Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar
mencintaNya melebihi segalanya.
Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih
sayang. Justru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.
Maha
Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya. Setiap jiwa memiliki perasaan untuk
dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya.
Berkahwinlah keranaNya, mencintailah
keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya. Terlalu
sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah.
Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap
manusia. Namun,
berapa ramai yg menghayati anugerahNya.
Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja,
padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan
dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya
bersulam nafsu semata-mata.
“ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,
Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,
Namun tanpa baja..tanpa dijaga,
Akar yang kukuh juga bisa rapuh,
Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,
Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,
Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,
Manakan buah hendak masak memerah”
Pencinta. Bagitulah halnya tentang cinta
ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah
perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak. Buahnya meranum
namun rasanya pahit. Akhirnya
dibiar mati tidak dipeduli.
Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari
Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran,
kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa. Manakan
bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain
jua mengharap pada Pencipta yang satu.
Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini
boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan
kemahuannya. Sungguh rapuh.
Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada
rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok tiada suara. Hari ini dia
milikmu, hari ini esok belum tentu. Siapa kita untuk mengatur sekeping
hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak
pasti.
Pencinta. Semua orang ingin dicintai,
tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai. Apabila cinta
tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih
mati hanya kerana disingkir cinta.
Alangkah
ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementara.
Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang
air mata menghayati anugerah Dia. Tidak banyak pula yang mensyukuri
nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap
hambaNya.
Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali
hati hambaNya. Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim.
Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.
“ Mencintai tidak bererti
memiliki..
Siapa berhak melunakkan
skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang
bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan
kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada
hati tersiksa,
Kerana insan percaya,
takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia
menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada
ditangannya.
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati
terhenti,
Percayalah, Dia sedang
mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu
tidak lena,
Menjadikan harimu
terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta
yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang
hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila
kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan
siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan
jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai
Tuhan,
Kita kan terus
mencintainya tanpa alasan.
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri
tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak
setulus Zulaikha..
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai
diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna
Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan
itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana
dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…
“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan
AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi )
Saudaraku tersayang,
Pencinta. Orang yang wujud dihatinya
akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan
dibumi, nescaya tiada duka buatnya. Allah akan
memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan binasa.
Seseorang
Pencinta akan..
Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan
menyebut insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di
bibir. Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu
menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah
insan yang paling bahagia dalam redaNya.
Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)
Amin.
No comments:
Post a Comment