Blogroll

Sunday, 27 April 2014

Ayah : Solehah kah Aku Untukmu?

Sering saja kita membaca tentang bagaimana menjadi isteri solehah untuk suami soleh


Namun, jarang kita bermuhasabah, adakah kita telah berjaya menjadi yang solehah untuk insan yang selayaknya king of our heart  kita yaitu seseorang yang bergelar ‘ayah’.

Tahukah atau sedarkah kita, selagi kita belum menikah. Ayah kita lah yang menanggung segala perkara yang bersangkut paut dengan diri kita sehinggalah ke dosa-dosa kita?

Ayuk.. Kita mula renung-renungkan..
Pernah atau tidak kalian bayangkan suatu hari yang sangat damai.. kalian akan  mendapat berita yang ayah kesayangan kalian telah pergi buat selama-lamanya?

Tanpa sempat kalian menyatakan maaf buatnya. Tanpa sempat kalian mendengar kata-katanya buat kali terakhir dan tiba-tiba kalian di beritahu yang ayah kalian telah pergi untuk selama-lamanya dari dunia ini.
Allahu Akhbar. Saya jamin dan yakin seperti skit gugur jantung kita di saat itu.

“ dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu Yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala Yang kamu kerjakan.” Al munafiqun:11
Pasti. Dan amat pasti. Kematian seseorang yang bergelar ayah itu akan berlaku. Persoalannya, sudahkah kita menjadi anak yang soleh dan solehah untuk beliau sebagai bekalannya di alam kubur sana?

Ingat kah kita tentang hadis ini, daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).

Suka untuk saya menyatakan  kita hanya sibuk untuk menjadi soleh/solehah buat suami/isteri atau bakal suami/isteri.
Namun, berusahalah dan kejarlah juga ciri-ciri untuk menjadi yang soleh dan solehah buat kedua ibu  bapa kita.
Karena mereka  yang sangat-sangat berjasa dalam kita membina kehidupan di muka bumi ini.
Di akui kita juga manusiawi. Lumrah alam manusia sentiasa terjerumus atau terjatuh dalam lembah kehinaan sang syaitan.

Namun, ayolah sama-sama kita muhasabah sentiasa bagaimana cara untuk kita menjadi anak yang soleh dan solehah buat kedua ibu bapa kita supaya doa kita diterima sebagai ‘bekalan’ untuk mereka di ‘sana’.

 apa Tujuan kita menjadi anak yang solehah?

Buat muslimah yang di kasihi. Ayolah kita mengingatkan kembali diri kita. apa Tujuan kita menjadi anak yang solehah? Adakah semata untuk mendapat suami soleh?

Sedangkan telah-telah kita mempunyai seorang kekasih sejak azali yang bersama-sama berdampingan dengan kita. Kita juga turut perlu menjadi solehah buat ayah kita. Karena kita hanya punya satu ayah.

Lagi-lagi jika ayah kita telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya karena berjumpa dengan penciptaNya. Subhanaallah. Bagaimanakah nasib beliau di sana? solehahkah kita untuk beliau?
Adakah doa-doa kita untuk beliau sama seperti doa-doa kita buat bakal suami kita ?
Cuba hayati bait-bait nasyid ini :

“ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan”
Percayalah wahai muslimah. Apabila kamu berusaha menjadi yang solehah untuk ayahmu. Secara automatiknya kamu juga akan menjadi yang solehah buat suamimu. 

Jangan kita menyesal di kemudian hari. Di mana kita merasa teramat rindu untuk menyebut perkataan ‘ayah’ untuk seseorang yang bergelar ayah ketika beliau telah tiada di dunia ini.
Jangan kita merasa telah terlambat untuk kita menyatakan kasih – sayang kita kepada beliau. Jangan kita merasa derita kerana telah terlambat untuk kita memohon maaf.

Ayolah, kita renung-renungkan… :')

Semua ini belum terlambat untuk kita perbaiki.

Ini link iklan pengorbanan seorang ayah untuk anaknya :')
Sungguh luar biasa dan begitu sedih silakan di tonton:

"Jagalah selalu kecintaan dari ayahmu dan janganlah engkau memutuskannya

Anakku...Memang ayah tak mengandungmu,tapi darahnya mengalir didarahmu, namanya melekat dinamamu...Memang ayah tak melahirkanmu,tapi suaranya-lah yang pertama menghantarkanmu pada Tauhid ketika kau lahir...

Memang ayah tak menyusuimu,tapi dari keringatnyalah setiap titisan yang menjadi air susumu...

Nak...Ayah memang tak menjagaimu setiap saat,tapi tahukah kau dalam doanya selalu ada namamu disebutnya...Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar karena dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika kau merasa tak aman...Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat Ibu, kerana kecintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu...Dia ingin kau berdikari, agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri...

Jauh didalam hatinya dia hanya ingin mampu membanggakanmu di mata Rasulullah s.a.w, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka..

Ibu hanya ingin kau tahu nak..bahawa...Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta Ibu...

"Jagalah selalu kecintaan dari ayahmu dan janganlah engkau memutuskannya, kerana yang demikian lalu Allah SWT akan memadamkan cahaya dari padamu" (HR. Bukhari)

Anakku...Pada diri ayahmu juga terdapat syurga bagimu...

Coretanku : Pahlawan itu adalah “Kamu”

Coretanku : Pahlawan itu adalah “Kamu”:      “Assalamualaykum Bapak, nanti jam 11 siang Vie mau brangkat kebandara, mungkin sekitar pukul 2 siang Vie sudah naik pesawat, mint...

Coretanku : Hijrah itu Indah

Coretanku : Hijrah itu Indah: Minggu 24 maret 2013 dimana pertamakalinya aku  memutuskan untuk berhijab, namaku Silvi aku bukan anak yang terlahir dari keluarga ya...

Sunday, 23 March 2014

S3 | Sabar, Spirit & Smile : Ceritaku hari ini

S3 | Sabar, Spirit & Smile : Ceritaku hari ini: Meja Belajar   Tempat Tidur Rapih   Assalamu’alaikum, Bat … So … Bat…   Apa kabar semua, duh lama nian, nda nge’ blog #kangen …...

Wednesday, 12 March 2014

Jangan Dipengaruhi Emosi


Goncangan emosi boleh menghancurkan seseorang jauh lebih cepat berbanding musibah besar yang memunculkan emosi tersebut

Antara cara memastikan agar kesusahan tetap berada di luar diri adalah dengan menjaga emosi. Jangan biarkan emosi menguasai diri kita pada saat kesusahan datang.
Sewaktu menghadapi kesusahan yang berat, biasanya emosi negatif kita akan meningkat. Kita cenderung menjadi panik, stress, marah dan mengalami kesedihan yang melampau.
Itu semua akan mempengaruhi tindakan kita selanjutnya. Semua emosi negatif itu merupakan pintu bagi kesusahan untuk masuk ke dalam diri, maka kesusahan yang kita alami akan menjadi semakin besar.

Sewaktu menghadapi masalah, sebesar mana pun masalah itu, kita hendaklah berusaha untuk tetap tenang dan tidak emosional. Sebahagian orang mengatakan jika kita sedang marah, hati boleh panas, tetapi kepala hendaklah tetap sejuk.

Dengan begitu keputusan yang akan diambil berikutnya akan tetap terjaga. Jangan sampai diri kita dikuasai oleh perasaan susah dan karenanya kita menjadi emosional dalam bertindak.
Pada perinsipnya kita boleh belajar daripada sesiapa saja, selagi yang dipelajari itu merupakan sesuatu yang positif.

Mengawal Emosi Disaat Kesusahan Menerjang

Orang yang berikut ini sama sekali bukan tokoh kegemaran kita semua untuk diceritakan, tetapi terdapat sedikit kisah menarik yang boleh dijadikan pengajaran dalam menghadapi kesusahan.
Orang yang akan dicerikan ini dianggap oleh  Dr. Mahathir Mohammad sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap krisis kewangan di Asia Tenggara pada tahun 1998, yaitu George Soros. Tidak mengapa kita bercerita tentangnya, untuk mengambil sedikit pengajaran  yang positif.
George Soros dianggap sebagai salah seorang pelabur yang paling menonjol ketika ini. Walaupun begitu, lalaki keturunan Yahudi Hungary ini bukannya tidak pernah melakukan kesilapan atau kegagalan dalam hidupnya.
Pada pertengahan tahun 1987, Soros menjangkakan bursa saham di Amerika akan mengalami peningkatan, sementara Jepun akan mengalami yang sebaliknya. Dia mengambil langkah bijak dalam pelaburan seiring dengan ramalanya.
Bagaimanapun, perkiraan ini ternyata silap. Kira – kira sebulan kemudian, tepatnya pada tarikh 19 Oktober 1987, bursa saham Amerika Syarikat mengalami kemorosotan. Peristiwa yang dikenali sebagai peristiwa Black Monday itu merupakan salah satu kemorosotan bursa saham Amerika yang terbesar dalam sejarah.
Sementara itu Jepun ternyata berjaya menjaga bursa sahamnya dan tidak mengalami kemorosotan seperti yang diramalkan oleh Soros.
Ini menyebabkan Soros dan syarikat pelaburanya, Quantum Fund, mengalami kerugian besar di Amerika Syarikat dan Jepun secara serentak. Kejadian itu menyebabkan Soros kehilangan semua keuntungannya untuk setahun.
Bagi seorang pelabur, walau bagaimana kaya pun dia, perkara itu merupakan masalah yang sangat besar.

Karena ia berlaku secara tiba – tiba dan nyaris – nyaris melumpuhkan perniagaanya. Ia seperti gempa bumi dan bencana tsunami yang datang tanpa disangka – sangka.
Bencana kewangan itu bukan sahaja dialami oleh soros seorang. Ada ramai lagi ahli perniagaan, pelabur dan pengurus yang terkena hentaman dahsyat krisis kewangan tersebut. Mereka menjadi tidak berdaya dan seperti kehilangan semangat setelah kejadian itu.
Bagi kebanyakan pengurus ketika itu, kesusahan telah masuk ke dalam diri mereka. Benteng pertahanan emosi  mereka runtuh.

Yang membedakan Soros dengan ramai pelabur lain adalah dia lebih mampu untuk mengawal jarak dengan emosinya. Dia ternyata lebih mampu untuk mengawal untuk tidak membiarkan kesusahan masuk ke dalam dirinya.
Dua minggu setelah kejadian itu, Soros segera kembali ke pasaran kewangan dan mengambil langkah – langkah perlu dalam pelaburan untuk mengukuhkan lagi syarikatnya. Dia melupakan kegagalan yang telah berlaku sebelumnya.

Pada akhir tahun itu, dengan kata lain dua bulan kemudian, syarikatnya mengalami peningkatan 14.5% (Mark Tier, The Winning Investment Habits of Warren Buffet& George Soros)

Jika Soros mampu melakukan hal begini, seorang muslim sepatutnya lebih mampu dalam mengawal dirinya. Apakah kita mampu mengawal emosi saat berhadapan masalah?
Apakah kita mampu menjaga diri daripada kesusahan dan membiarkan kesusahan itu tetap berada di luar diri kita?
Insyaallah kita boleh melakukannya.. =)


Friday, 7 March 2014

Tetap Sabar dan Istiqomah


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. 


Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.



Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. 

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. 

Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabannya senang saja…

Karena tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya, Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.